Wednesday, November 11, 2009

kegeraman yang melampau!!!

Geramnya!!!

tu yang aku rasa skang ni. Kat sapa aku geram??ha…kat ex-bf aku yg sorang ni..sapa lagi kalo bukan si aizat tu.hish..kali ni mmg bukan pasal hati dan perasaan lagi..tapi komitmen dia terhadap assignment dan paling penting sekali kat research yang we all need to workout together.al kisahnya aku ni dok sms dia,dok call dia tapi takde respon.


hoit..!!!jangan pikir lain ek.


tujuan call and sms dia tu sebab nak mintak lappy and pendrive dia coz all our spss data ada dalam lappy dia.dari hari sabtu aku try sampai la ke hari ni..takde jawapan jugak.hati makin panas bila aku punya pendrive pon hilang.

haihh pendrive ni..time2 ni la dia nak hilang pon.puas dah aku carik seantero rumah ni sambil bertanya2 kepada housemates tersayang tapi sume cakap tak jumpa.hadoii…

Nak dijadikan citer,tadi lala datang bawak hp.si aizat katanya.hati meluap- luap nak memaki hamun.

perlu ke die call lala????

kalo tak nak and dah takde no aku pon,time aku call ke sms ke reply la…angkat la kan.bukan credit dia yang jalan pon.credit aku yang jalan.pastu dia cakap ngan aku macam seolah-olah takde pape je yang berlaku.

what’s wrong with this guy arr????

siyes aku makin tak paham ngan perubahan bodoh dia ni.sangat tidak paham ok.apa sebenarnya yang dia nak?aku sendiri tak paham.

dulu masa baru clash,aku ignore dia and benci dia,dia sibuk nak kawan aku.taknak aku benci dia.then I accept.sebab aku pon rase lagi aku benci dia,sebenarnya lagi aku susah nak lupakan dia.aku sokong betul dengan lagu aishah tu..kemaafan adalah dendam yang terindah.well,sekarang ni pon aku dah leh accept dia as kawan aku.dah takde lagi rasa sayang apetah lagi cinta untuk aizat.aku dah simpan dia jadi kenangan hidup aku.aku dah mampu tengok gambar kitorang sama2 dan tak lagi menangis macam dulu.yes!!

Tapi skang ni nape dia plak yang berperangai camtu?

salah ke kalo nak call or sms aku??

aku pon tak harap dia bertanya khabar apetah lagi bermesra2 ngan aku mcam dulu.tapi ini suma pasal kerja.urusan kerja..pelajaran.markah research tu dah la sama.apa dia dapat,itu jugak yang aku dapat.kalo nak hancurkan idup sendiri pon,aku tak kisah.masalahnya pikir la yang kerja tu markah tu untuk aku jugak.

hishh…geram!!!!

Kalau nak diikut situasi dan cakap2 orang,sepatutnya dia tu dah aku campak jauh2.sepatutnya aku tak layan,tolong apetah lagi bercakap ngan dia.tapi aku pikir tak guna aku nk memusuhi dia.memang dia salah,bertindak kejam dan menyakiti hati aku sedalam-dalamnya.masalahnya aku dah lupakan tu sume.aku dah accept yang kitorang memang takde jodoh.dan aku juga sedar,sume ni berlaku pon atas kesalahan aku yang terlampau protective terhadap dia.mungkin dia rasa terkongkong dan tak bebas.yes!!aku tak lagi salahkan dia macam dulu.

tapi bila aku bagi peluang,aku bagi muka..ni plak yang aku dapat.kenapa dia tak treat aku macam kawan-kawan yang lain?dia yang inginkan perpisahan antara kitorang dan dia jugak yang mintak aku jadi kawan dia dan tak benci dia tapi kenapa dia buat aku macam ni?seems like aku plak yang terhegeh-hegeh kat dia skang ni.pening la..sangat tidak paham dengan lelaki yang bernama mohd `aizat bin mansor ni!!

Ha..direct answer to cik waniey which also my classmates,dia ckp aku senang-senang je leh lupakan aizat setelah 4 tahun bersama.

so what wani??statement di atas ini adalah jawapan bagaimana aku mampu lupakan dia.aku tak nafikan,aku bahagia sepanjang 4 tahun bersama dia.terlalu banyak kenangan indah yang kitorang cipta sama-sama.dia lelaki yang baik.tak pernah aku jumpa lelaki sebaik dia.siyes cakap..dia sangat-sangat memenuhi ciri-ciri lelaki idaman aku except ketinggian dan kematangan.but it’s ok.when we love somebody, we should accept his/her weaknesses first.that’s what I do.i accept him as what he is.

But when it comes to the end and after all things happened, and thinking how bad he treated me this way,aku rasa tak perlu kot aku nak menangisi serta mengingati dia lagi.yang lepas,dah lepas pon.perlu ke aku simpan lagi perasaan terhadap dia?perlu ke aku rasa lelah kerana tak biasa hidup tanpa dia?angin..udara dan oksigen yang aku sedut setiap hari ni pon bukan dia yang bagi.aku paham,maksud si waniey ni kononnya selama ni aku dok berkepit je ngn aizat.tapi tiba-tiba dia takde,mesti aku rasa ralit.

Memang,tak dinafikan aku ada rasa ralit.bila kuar tengok wayang,dah takde lagi orang yang memanaskan tangan aku.bila aku g tesco,takde lagi org yang tolong tolak troli dan aku pon dah takde lagi nak Tanya nak sayu ni tak?nak ikan ni tak?ikan ni kita masak sambal ek.u kan suka pedas2.ayam ni kita buat masak feveret u..ayam masak madras k..aku ralit bila dah tak lagi memasak untuk dia.aku ralit bila aku makan sorang-sorang.

bila aku sedih,dah takde lagi tempat aku mengadu dan bila aku nak bercerita,entah takde siapa yang nak mendengar macam dulu.ralit sangat.

tapi tu dulu.

Now, I used to familiarize myself to the new environment.

Rasanya tak perlu lagi kot aku begitu concern terhadap dia.rasanya tak perlu lagi kot aku ambil tau pasal kisah-kisah hidup dia.kalo dengar,dengar jela.kalau Nampak dia dengan orang lain,tengok jela.rasanya takde lagi rasa sedih atau cemburu bila tengok dia ngn orang lain.hidup harus diteruskan.tak perlu aku lelah tanpa lelaki yang begitu.

Huh,sedar tak sedar,panjang gak aku membebel hari ni.kan bagus kalo aku mampu jawab exam panjang camni.hehehe..sorry to all readers,musti penat nak ngabiskan bacaan anda.hahaha..(masalahnya ada ke orang baca blog aku??wakakaka..tak abis-abis perasan la aku ni..)

takpe la..tak nak baca pon takpe.bukan penting sangat pon diary aku ni.hanya luahan hati yang terpendam dan tak mampu diluahkan secara berdepan pada sesiapa pon.aku ni susah skit..betul cakap fami,aku ni psycho.hahaha..gile kejam title yang dia bagi kat aku!!

p/s:akhirnya aizat cakap pendrive aku ada kat dia!!haishhh...sabarlah hati~

2 comments:

budak kecik said...

hahah nampaknya terpaksa la aku pun tukar no fon...
pelik,pehal aku pulak yg menjadi kaunter panggilan...
heheh

haidan_imia said...

wahahaha...aku lebih pelik lala..terpaksala hg beli no baru..xpon hg jd PA aku la..hi,im aimi nadiah secretary~wahahaha